TAWAU: Hospital Tawau menerima sumbangan sebanyak 10 unit mesin pernafasan High Flow Nasal Cannula (HFNC) daripada Dewan Perniagaan Tionghua Tawau dan Persatuan Pertanian Tawau.
Sumbangan yang bernilai RM260,000 itu daripada dana tabung bantuan yang telah dilancarkan untuk membantu Hospital Tawau dalam menangani wabak COVID-19.
Mesin itu diserahkan kepada Penolong Pengarah Hospital Tawau, Dr Pang Chun Shong oleh Setiausaha Agong Dewan Perniagaan Tionghua Tawau William Tan dan Willis Lim.
Pang berkata, mesin tersebut sangat diperlukan dan sumbangan itu sangat membantu untuk merawat terutamanya pesakit COVID-19.
âSebaik siap dipasang, mesin itu akan diagihkan dan digunakan samada di  Unit Rawatan Rapi (ICU) atau wad biasa.
âMesin berkenaan dapat membantu pesakit bernafas dengan lebih selesa berbanding dengan menggunakan oksigen biasa,â katanya.
Menurutnya, peningkatan bilangan pesakit COVID-19 di daerah ini menyebabkan peralatan perubatan sangat diperlukan.
âDengan adanya mesin HFNC tersebut, ia dapat membantu merawat lebih ramai pesakit dengan berkesan dan kadar kesembuhan yang lebih cepat.
âApabila wabak ini berakhir nanti mesin-mesin tersebut akan dapat digunakan untuk merawat pesakit yang lain,â katanya.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Pertanian Tawau, Gan Hock Song, menggesa orang ramai membantu menjayakan program vaksinasi yang sedang giat dijalankan.
âJangan mudah terpedaya berita palsu tentang vaksin dan yakin dengan bukti-bukti saintifik serta kajian keberkesanan vaksin yang dibekalkan di negara kita.
âOrang ramai yang belum menerima vaksin, digesa supaya segera mendapatkannya agar negara kita cepat mencapai imuniti kelompok,â katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak penganjur tabung bantuan ini akan menggunakan sebahagian derma yang diterima untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Tawau.
âKami berharap dengan bantuan itu, lebih banyak pusat pemberian vaksin dapat diwujudkan supaya program vaksinasi berjalan lancar,â katanya.
Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau, Chia Seong Fatt pula merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang telah menderma kepada tabung bantuan ini.
âTabung tersebut adalah kali kedua dilancarkan untuk membantu Hospital Tawau dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
âSaya berharap orang ramai akan terus menyumbang kepada tabung tersebut yang masih berjalan sehingga hari ini,â katanya