spot_img
HomeSosiobudayaFasa endemik buka ruang artis kebudayaan rancang pelbagai program

Fasa endemik buka ruang artis kebudayaan rancang pelbagai program

Kota Kinabalu: Jangkaan Malaysia beralih ke fasa endemik pada tahun depan telah membuka ruang artis kebudayaan merancang pelbagai program.

Artis Budaya Kanan B30, Norain Abd Razak berkongsi perasaan gembira beliau dengan peralihan fasa pandemik ke fasa endemik. Banyak cadangan berkenaan program kesenian yang ingin dilaksanakan sebagai langkah awal memasuki fasa endemik. Memandangkan beliau juga merupakan PA Dekan ASTiF di Universiti Malaysia Sabah (UMS), program fakulti juga turut menjadi agenda yang sangat penting untuk diberi perhatian.

“Ada beberapa program yang melibatkan kerjasama dengan pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), bersama kelab-kelab kesenian dan di bawah ASTiF sendiri. Antara program yang dicadangkan adalah konsert gabungan Orkestra dan Kelab Tarian di GAH, pertandingan tarian (Alun Tari) peringkat antarabangsa dan acara tahunan, Karnival Kesenian ASTiF.”

Mesyuarat Bersana Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) – Ceremony Letter Of Intent (LOI) Academy Of Arts and Creative Technology and Jesselton Philharmonic Orchestra Society (JPO).

Beliau juga menekankan tentang penetapan Standard Operating Procedure (SOP) selaras dengan perintah Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya sebarang aktiviti melibatkan kebudayaan dijalankan pada fasa endemik nanti.

“Sejak fasa ketiga lagi, pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Sabah telah menetapkan pelaksanaan SOP memandangkan pementasan dan persembahan di JKKN dijalankan seperti biasa,” tambahnya lagi.

Norain turut menegaskan agar artis kebudayaan, para pelajar dan kakitangan perlulah melengkapi 2 dos vaksin dan memiliki sijil vaksinasi terlebih dahulu. Bagi mereka yang bergejala pula disarankan agar menjalani ujian saringan kendiri atau ke hospital berdekatan bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Beliau juga berharap agar dunia pulih seperti sediakala bagi memudahkan aktiviti kesenian dan kebudayaan dapat dilaksanakan tanpa batasan khususnya di Sabah. Pemerkasaan aktiviti kebudayaan perlu diketengahkan kerana ia merupakan batu loncatan kepada kegemilangan sesebuah negara terutamanya dari aspek sosial dan ekonomi.

Penulis: Farah Eizlyna Ebang

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular