Semporna: Pasukan Polis Marin Semporna telah menahan dan memeriksa sebuah bot laju yang di juragani oleh seorang lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan di kawasan Laut Tanjung Pantau-Pantau , Pulau Bum Bum Semporna pada jam lebih kurang 11.45 pagi kemarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna DSP Mohamad Ismail berkata hasil pemeriksaan ke atas bot laju telah menjumpai minyak petrol tanpa permit yang disyaki cuba diseludup keluar ke Filipina. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM15,168.50.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna dan di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197. – PPM Sabah