spot_img
HomeEkonomiSabah wujudkan Bandar Pintar di beberapa kawasan tumpuan

Sabah wujudkan Bandar Pintar di beberapa kawasan tumpuan

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah akan wujudkan Bandar Pintar atau “Smart City” di beberapa kawasan tumpuan. Kewujudan bandar tersebut akan dipacu oleh pelan strategik Kerajaan Digital.

Menurut Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, usaha tersebut adalah bagi mewujudkan eko-sistem ekonomi digital dan pembudayaan digital di samping meningkatkan kualiti hidup yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Ia juga adalah selaras dengan teras ketiga Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau”, tambah beliau.

Beliau juga memuji usaha dan inisiatif pendigitalan perkhidmatan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang membangunkan aplikasi E-Jariah Sabah menerusi kerjasama dengan TM One.

Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melancarkan Aplikasi E-Jariah Sabah di Menara Kinabalu

“Ini adalah selaras dengan pemboleh daya yang telah kita gariskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)”, kata beliau.

Menurut Hajiji, aplikasi ini dijangkakan akan memberi kemudahan kepada orang Islam khususnya di Sabah dalam melakukan sumbangann bagi membantu PBNS dalam melaksanakan aktiviti agihan yang akan memberikan manfaat kepada golongan sasar dan memerlukan di negeri Sabah.

Aplikasi e-Jariah

“Melalui aplikasi ini, kita dapat membuat kaedah pembayaran secara digital dengan hanya perlu mengakses aplikasi tersebut tanpa mengira masa dan lokasi”, tambah beliau lagi.

Akhir sekali, beliau berharap aplikasi E-Jariah mampu menggalak lebih ramai orang Islam untuk menyumbang serta bersedekah kerana sesungguhnya ia merupakan amalan dituntut. Disamping itu dapat membantu membangunkan komuniti Islam dengan membantu mereka yang memerlukan dan sekali gus meningkatkan kesejahteraan ummah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular