Sipitang: Tiga warga tempatan ditangkap di sebuah hotel atas kesalahan menagih dadah selepas laporan dibuat oleh masyarakat setempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, semalam.
Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah hotel berdekatan pekan Sipitang menemukan tiga warga tempatan bersama paket ketulan lutsinar dan peralatan menagih, melibatkan dua orang lelaki dan seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Sipitang, DSP Champin Piuh berkata, setelah penahan dilakukan, ketiga suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Pemeriksaan dan ujian saringan yang dijalankan mendapati kedua orang lelaki adalah positif dadah jenis syabu AMP dan METH manakala suspek perempuan adalah negatif”
“Tangkapan ini di siasat di bawah seksyen 12(2) dan 15(1)(a) AKta Dadah Berbahaya 1952”, katanya.
DSP Champin berkata, dalam tempoh soal siasat dan pemeriksaan terhadap suspek telah mendedahkan nama kepada pembekal dadah di sipitang yang turut disyaki telah lama menjalankan operasi penjualan.
“Pihak polis sedang mengumpul maklumat dan risikan percakapan untuk di ambil tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Akta Dadah Berbahaya 1952 tersabit hukuman 5 tahun di Pusat Penjara Simpang Rengam, Johor”
“Pihak polis akan meneruskan operasi Op Sarang ini untuk mengesan pembekal mahupun penagih dadah untuk menyelamatkan mereka yang terlibat dalam kegiatan ini daripada terus hanyut dan mengelakkan berlakunya krisis kehancuran dalam hidup masyarakat, khususnya warga Sipitang” katanya.