spot_img
HomeSemasaDua pelancong Cina dikhuatiri hilang di Pulau Mantanani

Dua pelancong Cina dikhuatiri hilang di Pulau Mantanani

KOTA BELUD: Dua pelancong warga China dilaporkan hilang di kawasan Pulau Mantanani, Kota Belud sejak semalam, selepas gagal dikesan keluar dari lokasi penginapan mereka.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan jam 9.25 pagi hari ini daripada Balai Polis Kota Belud berhubung kejadian tersebut.

Ketua Operasi, PKPgB Mohd Razali Ahmad @ Awang Ahmad berkata, kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita 28 tahun telah mendaftar masuk ke Sutera Mantanani pada 4 Oktober 2025 dan dijadualkan mendaftar keluar pada keesokan harinya.

Anggota bomba dan PGA meninjau lokasi terakhir mangsa dilaporkan dilihat sebelum hilang.

“Namun sehingga kini, kedua-dua mangsa masih belum keluar dari pulau tersebut dan gagal dikesan.

“Barangan peribadi mereka juga masih berada di dalam bilik penginapan,” katanya.

Susulan itu, seramai 20 anggota BBP Kota Belud bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dengan bantuan agensi lain termasuk PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Menurutnya, operasi SAR dijalankan menggunakan kaedah “water surface search” di persisiran Pulau Mantanani bagi menjejak sebarang petunjuk atau tanda keberadaan mangsa.

Katanya, operasi ditangguhkan jam 6.00 petang dan akan disambung semula esok hari.

“Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian akan diteruskan dengan kerjasama semua agensi penyelamat.

“Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular