Papar: Dua lelaki tempatan ditangkap pasukan polis IPD Papar atas kesalahan menagih dadah di kawasan Kinarut, awal pagi tadi.
Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BJSN) di sekitar kawasan Kinarut pagi tadi telah berjaya menahan kedua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, dipercayai terlibat aktiviti penagihan dadah.
Ketua Polis Papar, DSP Batholomew Umpit berkata, suspek ditemukan di lokasi kejadian bersama dengan jumlah rampasan dadah anggaran seberat 0.15 gram dipercayai jenis syabu dengan peralatan menagih.
“Kes disiasat di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952. Pemeriksaan dan ujian saringan yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Amp dan Meth,”katanya.
DSP Batholomew bertegas dan menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah Papar digesa untuk melaporkan segera ke balai polis berdekatan atau boleh berhubung terus di talian 088-916064 (IPD Papar).
“Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini”, tambahnya lagi.