spot_img
HomeJenayahCubaan seludup keluar 360 liter minyak petrol gagal

Cubaan seludup keluar 360 liter minyak petrol gagal

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sebanyak 360 liter minyak petrol di percayai cuba diseludup keluar ke negara jiran di laut Tampi-Tampi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, anggota PPM yang menjalankan tugas di sekitar perairan Semporna mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata pasukannya bertindak mengejar dan memintas bot berkenaan untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, juragan bot berkenaan bertindak memecut laju ke kawasan cetek dan terjun laut melarikan diri ke kawasan paya bakau.”

Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek menemukan 12 gelen berisi keseluruhan sebanyak 360 liter minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar berdasarkan perjalanan bot tersebut menuju ke sempadan negara.

“Kesemua minyak petrol berserta bot tersebut dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya”

“Nilai rampasan minyak petrol termasuk bot dianggarkan berjumlah RM17,838 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mohamad berkata komuniti maritim diminta untuk memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka.

“Maklumat boleh disalurkan menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular