spot_img
HomeSemasaClive Jones, bapa 129 bayi

Clive Jones, bapa 129 bayi

LONDON: Seorang lelaki mendakwa dirinya mempunyai 129 orang anak kerana menjadi penderma sperma sejak sembilan tahun lalu.

Clive Jones, 66, yang kini merupakan seorang pesara guru pernah menggunakan laman media sosial Facebook (FB) miliknya, bagi menawarkan ‘khidmat’ menderma sperma, susulan mendapat permintaan yang banyak.

Lelaki itu turut mendakwa, dia sudah menemui 20 zuriatnya, daripada 129 bayi hasil benihnya.

Bagaimanapun, menurutnya ada lagi sembilan bayi masih dalam kandungan.

“Saya penderma sperma prolifik. Jumlah keseluruhannya adalah 138 bayi. Namun, 129 daripadanya sudah dilahirkan,” tambahnya sekaligus mengutarakan profesi sedemikian adalah pencetus kegembiraan dan bahagianya.

“Masyarakat pasti akan lebih memahami kegembiraannya, sebaik melihat wanita bersama bayi, hasil daripada benihnya.

Lelaki itu juga tidak meminta bayaran kerana menganggap perkara ini, tidak baik untuk dijadikan sebagai punca pendapatan.

“Saya lakukan ini percuma. Jika ada pun, hanya untuk bayaran petrol,” katanya

Bagaimanapun disebabkan oleh faktor usia, dia kini tidak dapat menderma sperma lagi disebabkan oleh syarat usia penderma mestilah tidak melebihi 45 tahun.

Sementara Itu, pakar Kesihatan pula mengeluarkan amaran berhubung aktiviti tersebut. Semua penderma dan penerima mestilah dipantau oleh klinik berlesen di United Kingdom. – Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular