Tawau: Sembilan individu yang disyaki terbabit pergaduhan menggunakan pedang Samurai di Kubota Square, Tawau ditahan reman selama empat hari hingga Selasa, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Yunus, ke atas suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun selepas menerima permohonan polis setempat.
Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan terbabit atas kesalahan melakukan perusuhan.
Semalam, tular sebuah rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan dua buah kumpulan, terdiri lebih daripada sepuluh individu lelaki tular di media sosial.
Malahan, video berdurasi 30 saat itu turut menunjukkan di antara mereka yang menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai sehingga ada yang terpaksa bertindak melarikan diri.
Bagaimanapun, motif atau punca pergaduhan antara dua kumpulan tersebut belum dapat dipastikan ekoran belum ada kepastian daripada pihak berkuasa.
Susulan penularan video tersebut netizen gempar dan segera mendesak pihak berwajib mengambil tindakan.


