spot_img
HomeSemasaCegah penularan varian Omicron,fasa endemik ditangguhkan seketika

Cegah penularan varian Omicron,fasa endemik ditangguhkan seketika

KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 semalam menyatakan penangguhan seketika peralihan ke fasa endemik susulan penularan varian Omicron yang diketahui boleh merebak dengan mudah dan pantas.

Menurut Hishammuddin, kawalan sempadan antarabangsa yang lebih ketat akan dilakukan ke atas negara-negara yang telah melaporkan penyebaran varian Omicron.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan umumkan berhubung perkara ini secara terperinci tidak lama lagi,”tambahnya.

Hishammuddin berkata, buat masa ini, Prosedur Operasi Standard(SOP) semasa dalam negara untuk negeri-negeri dalam Fasa 3 dan 4 masih dikekalkan.

“Rakyat diharapkan agar terus berwaspada dan berdisiplin dalam menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling,”tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular