spot_img
HomePolitikWujudnya parti wakili rakyat yang stabil, bersifat holistik teguh dalam perjuangan

Wujudnya parti wakili rakyat yang stabil, bersifat holistik teguh dalam perjuangan

LAHAD DATU: Pada 26 hingga 28 November yang lalu adalah hari persidangan bagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seluruh negara.

BERSATU bahagian Lahad Datu juga mengadakan persidangan dengan Srikandi dan Armada terlebih dahulu bersidang sebelum persidangan utama pada Ahad yang lalu.

Srikandi Bersatu Lahad Datu, Mizma Appehdullah berkata persidangan kali ini, BERSATU Bahagian Lahad Datu menyatakan bahawa parti telah mencapai apa yang diharapkan iaitu usaha dalam mewujudkan sebuah parti yang mewakili rakyat, bersifat holistik serta teguh dalam perjuangan.

“Kita amat memahami yang mana rakyat Sabah amnya dan Lahad Datu khasnya amat mengikuti rapat kemampuan dan keupayaan kita selaku pentadbir dan penaung kerajaan waktu ini,”katanya.

Menurut beliau lagi, yakin bahawa rakyat waktu ini telah melihat bahawa kita didalam BERSATU telah sehati dan sejiwa, sekata dalam perjuangan. Bertoleransi sepenuhnya dengan semua komponen parti dalam Perikatan Nasional mahupun Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Mizma juga menegaskan, apa yang penting hasil daripada persidangan kali ini , BERSATU itu sendiri menemui satu hala tuju jelas dalam perjuangan kita bersama sama dalam parti. Keutamaan membantu rakyat dalam mendepani dilema norma baharu dan cabaran pasca Covid -19 dan kejatuhan ekonomi rakyat.

Mizma Appehdullah berucap dalam Persidangan Parti Peribumi (BERSATU) Bahagian Lahad Datu.
Persidangan dihadiri semua pucuk pimpinan BERSATU Lahad Datu.

“Semua perkara ini harus dititikberatkan bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya. Kita miliki punca kuasa yang mampu melaksana perkara ini, maka kita seharusnya berusaha sebaik mungkin meyakinkan rakyat bahawa kita akan mampu jayakan seiring dengan pelan negeri dalam pelan Sabah Maju Jaya,” tambahnya lagi.

Turut hadir dalam persidangan itu, Ketua Bahagian BERSATU Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hasan, Ketua Armada Bahagian Razee Abdul Ham serta semua kepimpinan Bersatu Lahad Datu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular