spot_img
HomePolitik"Bukan tua atau muda, yang penting saya sihat untuk terus berkhidmat," -...

“Bukan tua atau muda, yang penting saya sihat untuk terus berkhidmat,” – Frankie

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menegaskan faktor umur bukan penghalang untuk terus berkhidmat kepada rakyat, sebaliknya tahap kesihatan menjadi keutamaan bagi seorang wakil rakyat.

“Saya sudah katakan, saya bukan tua, saya bukan muda. Apa yang penting adalah kesihatan saya,” katanya ketika ditanya mengenai persediaannya menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke 17 (PRN) akan datang.

Menurut beliau, tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik hasil daripada rutin senaman harian yang diamalkannya.

“Saya tidak ada masalah kesihatan. Saya hari-hari exercise (bersenam). Yang penting, kesihatan saya sentiasa terjaga. Kalau wakil rakyat tidak sihat, macam mana mahu beri perkhidmatan kepada rakyat?” katanya.

Frankie terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti di kawasannya.

Frankie mantan Pengerusi DAP Sabah turut menekankan bahawa semangat juang untuk terus berkhidmat tidak pernah luntur.

Malah, beliau secara terbuka menyatakan kesediaan untuk terus menawarkan diri sebagai calon pada PRN17 nanti.

“Ini macam satu perjuangan. Kalau kita fokus bawa perkhidmatan kepada rakyat, kita tidak kira apa-apa. Cukup tidur, cukup makan, lepas itu bekerja saja,” jelasnya.

Aduan dan permasalahan rakyat terus diberi perhatian.

Frankie turut mengajak orang ramai menilai sendiri aktiviti hariannya di media sosial miliknya di Facebook, TikTok dan Instagram yang menunjukkan penglibatan aktifnya dalam pelbagai program di kawasan DUN Tanjung Papat.

“Ada yang tanya, saya boleh bergerak begitu? Tengok sendiri di media sosial. Kita memang turun padang selalu,” ujarnya.

Beliau memberi bayangan jelas tentang komitmennya untuk terus bertanding dalam PRN akan datang.

“Over myself lah, saya tetap akan tawarkan diri sebagai calon demi masa depan rakyat,” katanya penuh semangat. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular