spot_img
HomePolitikPM tiba di Bangunan Perdana Putra

PM tiba di Bangunan Perdana Putra

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

Lewat malam tadi, BH melaporkan pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

Sumber berkata, jemputan mesyuarat dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tengah hari semalam, iaitu sebelum mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bermula.

Bagaimanapun agenda mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya pagi ini masih tidak diketahui.

Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.

Katanya, keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 9.20 pagi ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 9.20 pagi ini. – NSTP/Mohd Fadli Hamzah
ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular