NABAWAN: Usaha berterusan dalam memperkasakan agenda pendidikan di daerah Nabawan membuah hasil apabila Pusat Tingkatan Enam (PTEM) SMK Generasi muda Sabah perlu berani suarakan pandangan dengan ilmu, fakta dan adab – Nizam merekodkan kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM 2025.
Perkara itu dinyatakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan STPM & MUET Tahun 2025 serta Penyerahan Sumbangan Smart TV bertempat di Dewan Kalawon, SK Nabawan.
Jelasnya lagi, pencapaian yang membanggakan ini turut menyumbang kepada peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekolah sebanyak 0.41 yang secara tidak langsung mencerminkan keberkesanan kerjasama strategik antara pihak pentadbiran sekolah, tenaga pengajar dan komuniti ibu bapa.
Jelasnya lagi, pencapaian yang membanggakan ini turut menyumbang kepada peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekolah sebanyak 0.41 yang secara tidak langsung mencerminkan keberkesanan kerjasama strategik antara pihak pentadbiran sekolah, tenaga pengajar dan komuniti ibu bapa.

Bagi menyokong pemodenan infrastruktur sekolah luar bandar, beliau turut menyumbang sebanyak 26 buah Smart TV kepada PTEM SMK Nabawan dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Kemudahan bini dijangka meningkatkan kualiti penyampaian maklumat dan interaksi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah.
Komitmen beliau dalam memartabatkan pendidikan pedalaman terus dizahirkan menerusi pembinaan bangunan baharu Pusat Tingkatan Enam (PTEM) SMK Nabawan, yang merupakan pusat seumpamanya yang pertama diwujudkan di daerah ini. Pembinaan yang mula dibangunkan sejak tahun 2023 menempatkan seramai 293 orang pelajar Tingkatan Enam dan dilengkapi fasiliti moden.
Inisiatif strategik ini merupakan sebahagian daripada fokus Pelan Pembangunan Bangsa dan Daerah Pensiangan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, sekali gus memperkasakan pengurusan pendidikan di kawasan luar bandar.


