SEMPORNA: Ketua Bahagian Bersatu Semporna, Jamil OKK Abd Gapar berkata Perikatan Nasional (PN) adalah satu platform yang teguh kepada masyarakat yang boleh berperanan besar menjadi wahana semak dan imbang terhadap kerajaan masa kini agar tidak terpesong dalam mendengar denyut nadi rakyat.
Tambah Jamil, beberapa siri jelajah Perikatan Nasional (PN) “KASIH BAGUS SABAH” yang bermula di Sepanggar dan berakhir di Semporna baru-baru ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan masyarakat bukti Perikatan Nasional masih relevan di negeri Sabah khususnya di Semporna.
“Terima kasih kepada pucuk pimpinan perikatan Nasional (PN) dan majlis tertinggi bersatu kerana banyak membantu dalam menyakinkan rakyat Sabah bahawa perikatan nasional adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.
Tambah beliau, BERSATU Sabah menekankan komitmen parti untuk membawa pembangunan yang lebih baik, meningkatkan ekonomi setempat dan memastikan kesejahteraan rakyat.
“Saya melihat Program ini juga menyediakan platform bagi warga Sabah untuk menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu-isu semasa, seperti infrastruktur, pendidikan, dan peluang pekerjaan”
“Jelajah perikatan nasional (PN) “kasih bagus Sabah” ini lebih dekat di hati masyarakat kerana dapat menyediakan interaksi langsung antara pemimpin dan akar umbi,” jelasnya.
Perikatan Nasional (PN) berhasrat untuk membangun kesedaran mengenai agenda mereka dan merapatkan hubungan dengan pengundi dan penduduk setempat.
“Saya berharap Jelajah ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang meliputi semua daerah utama di Sabah, dengan harapan dapat mencipta kesedaran dan sokongan yang lebih luas menjelang pilihan raya akan datang”
“Ini adalah masa nya “Kita Cipta Masa Depan Bersama” , dalam ucapannya ketika mesyuarat bahagian bersatu di rumah kediaman nya,” tambahnya.
Jamil berkata, Perikatan Nasional menunjukkan tekad untuk memastikan Sabah terus maju dan sejahtera di bawah kepimpinan yang berintegriti.
“Dikesempatan ini saya ingin menjemput rakyat sabah untuk mengambil bahagian dan memberi suara dalam pembangunan negeri melalui siri jelajah perikatan nasional ini,” katanya. – DEMI SABAH