spot_img
HomeSemasaWHO beri amaran wabak cacar monyet bukan lagi endemik

WHO beri amaran wabak cacar monyet bukan lagi endemik

Geneva – Risiko cacar monyet untuk menjadi penyakit bukan endemik kini menjadi realiti, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

Ia memberi amaran tersebut ketika lebih seribu kes cacar monyet disahkan wujud di sejumlah negara.

Bagaimanapun, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak mengesyorkan supaya vaksinasi besar-besaran dilakukan bagi mengekang penyebaran virus cacar itu.

Beliau juga berkata, setakat ini tiada kematian telah dilaporkan akibat cacar monyet.

“Risiko cacar monyet wujud di negara-negara bukan endemik adalah nyata,” kata Tedros pada satu sidang akhbar.

Terdahulu, WHO memberi peringatan kepada seluruh dunia agar sentiasa bersedia sekiranya diserang penyakit berkenaan.

“Kami tidak pasti sama ada kami dapat membendung penularan wabak itu sepenuhnya.”

“Oleh itu, perlu dipastikan bahawa kontak rapat perlu dikurangkan, tindakan berkesan dalam kalangan komuniti, pengasingan kes ketika tempoh penularan, pemantauan dan pengesanan kontak rapat.” Jelasnya.

Sementara itu, penyakit itu dilaporkan berlaku di sembilan negara Afrika tetapi ia telah difahamkan turut terjadi di beberapa buah negara lain, kebanyakannya di Eropah terutamanya di Britain, Sepanyol dan Portugal.

Gejala awal cacar monyet termasuk demam panas, nodus limfa bengkak dan ruam seperti cacar air yang melepuh.

“Lebih 1,000 kes cacar monyet yang disahkan kini telah dilaporkan kepada WHO dari 29 buah negara yang bukan endemik penyakit itu,” tambah Tedros.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular