spot_img
HomeSemasaUMS sunyi tanpa kunjungan pelancong

UMS sunyi tanpa kunjungan pelancong

Kota Kinabalu: Ketiadaan pelancong tempatan dan asing berkunjung ke Universiti Malaysia Sabah memberi suasana berbeza sebelum Covid-19 melanda seluruh dunia.

Situasi tersebut berubah setelah Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Suasana di dalam UMS sangat berbeza dengan keadaan sebelumnya apabila tiada kelibat pelancong asing seperti sebelum dilanda Covid-19.

Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 3 September 2021 berkaitan pembukaan sektor pelancongan di beberapa  destinasi di bawah pogram travel bubble diharapkan memberi nafas baru kepada sektor pelancongan sehingga sampai ke dalam UMS.

Nur Hafizah Zulkifli, penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata suasana dahulu dan sekarang jauh berbeza. Tempat-tempat yang dahulu penuh dengan pelancong tempatan dan luar negara kini sudah sepi. Antara tempat yang disebutkan adalah Masjid UMS serta ODEC yang sentiasa ada kelibat pelancong asing dua tahun lalu.

“Walaupun ketiadaan pelancong asing dalam UMS, keindahan tempat-temat menarik UMS tetap terjaga seperti sebelumnya. Perkara ini membolehkan saya mengambil peluang mengunjungi tempat-tempat yang belum berkesempatan dilawati sebelumnya,” katanya.

Hafizudin Ibrhim penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah juga menyatakan suasana di UMS sekarang sememangnya berbeza. Dahulu di mana-mana akan terlihat pelancong asing berlegar-legar di dalam UMS dari pagi, petang sehinggalah senja.

Jelaslah, ketiadaan pelancong asing dalam UMS memberikan susana yang berbeza dari sebelumnya. Namun keindahan UMS tetap kekal dari dahulu sehinggalah kini walaupun tanpa kehadiran pelancong asing.

 

Penulis: Rahayul Hadi Bin Zaenul

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular