spot_img
HomeJenayahPolis Beaufort rampas senapang patah buatan sendiri

Polis Beaufort rampas senapang patah buatan sendiri

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki, dipercayai menyimpan senapang patah buatan sendiri yang turut dikenali sebagai bakakuk di rumahnya.

Lelaki penganggur berusia 46 tahun itu, ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di Kampung Kebatang sekitar jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek mengaku terdapat senapang patah buatan sendiri di dalam rumahnya ketika anggota polis tiba.

Senapang patah buatan sendiri (bakakuk) dan dua butir peluru suspek

“Suspek memaklumkan kepada polis bahawa bakakuk dengan dua butir peluru tersebut diletakkan di belakang pintu bilik tidur rumahnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, suspek mendakwa bakakuk itu bukan miliknya dan sudah berada di situ ketika mula menyewa di tempat berkenaan, kira-kira lima tahun lalu.

Susulan itu, polis telah merampas bakakuk dan dua butir peluru tersebut serta siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular