spot_img
HomePolitikUMNO Kota Kinabalu siap sedia hadapi PRU15 – Musliati Moslimin

UMNO Kota Kinabalu siap sedia hadapi PRU15 – Musliati Moslimin

KOTA KINABALU: UMNO Kota Kinabalu telah melalui fasa membentuk jentera di semua 22 Pusat Daerah Mengundi (PDM) seawal tahun lalu lagi. Persiapan rapi ini bagi persiapan menghadapi PRU15 yang akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin berkata kerusi Parlimen Kota Kinabalu milik daripada kalangan komponen Barisan Nasional (BN) daripada masyarakat Cina dari dulu lagi.

Pada tahun 2018, masyarakat Cina yang tinggal di kawasan Parlimen Kota Kinabalu sebanyak 62.52 peratus manakala muslim bumiputera 22.35 peratus dan 15.13 peratus lagi mewakili etnik lain-lain.

Kali terakhir Barisan Nasional memenangi kerusi Kota Kinabalu pada 2004, melalui Datuk Dr Yee Moh Chai menang mengalahkan calon DAP, Hiew King Cheu dan Christina Liew dari PKR.

“Walaubagaimanapun kami tetap menunggu arahan dari masa ke semasa daripada pucuk pimpinan negeri dan pusat berkenaan soal calon ini”

“UMNO Kota Kinabalu sentiasa bersedia menghadapi PRU15 dan akan saling bantu membantu bersama komponen BN untuk merampas semula kerusi P.172 Parlimen Kota Kinabalu semula,” katanya.

PRU-14 kerusi Kota Kinabalu dimenangi Chan Foong Hin dari parti (DAP) mengalahkan calon (BN) Joseph Lee Han Kyun dan Yong Teck Lee  (SAPP) dengan majoriti 24,086 undi.

Tambah Musliati, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kota Kinabalu telah menjalankan gerakan turun padang untuk mendekati dan membantu rakyat memerlukan bantuan.

“Kami sentiasa menjalankan Program-program kemasyarakatan bagi membantu dan menyantuni penduduk sekitar Parlimen Kota Kinabalu”

Musliati Moslimin bersama penduduk Flat Taman Keramat, program Perdana Korban UMNO Kota Kinabalu.
Program Senam Tari bersama warga Kota Kinabalu di Tanjung Lipat.

“Banyak program yang UMNO Kota Kinabalu jalankan, terutama ketika pandemik COVID-19 melanda dunia dan negara. Program kemasyarakatan ini dilakukan berterusan sehingga hari ini,” katanya.

Musliati berkata khidmat UMNO dan BN tidak pernah terhenti mendekati rakyat, dari kalah sehinggalah menjadi kerajaan hari ini.

“Persiapan sudah dilakukan hanya menunggu waktu PRU15 tiba,” jelasnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular