PENAMPANG: Pertandingan Unduk Ngadau perlu ditingkatkan dari peringkat negeri ke kebangsaan kerana pertandingan itu disertai semua negeri, dan tidak tertumpu kepada Sabah sahaja.
Timbalan Ketua Menteri, Jeffrey Kitingan berkata, peserta Unduk Ngadau peringkat negeri tahun ini terdiri daripada Johor, Melaka, Putrajaya dan Lembah Klang.
“Kemungkinan pertandingan Unduk Ngadau Negeri akan beralih ke peringkat kebangsaan tahun depan,” katanya ketika berucap di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pertandingan Unduk Ngadau tersebut telah berjalan selama 60 tahun.
“Terima kasih kepada jawatankuasa Unduk Ngadau dan Majlis Wanita KDCA kerana mengumpulkan semua rekod, dan menubuhkan galeri Unduk Ngadau Kaamatan (UNK),” tambahnya lagi.
Beliau berharap galeri UNK mampu menjadi muzium tradisi bagi negeri itu, sekali gus meningkatkan kutipannya.
Sementara itu, pemenang Sodop Unduk Ngadau 2022 ialah Sylvernie Belinda dari Inanam untuk Tati Topiodo. Bagi Tati Tosuau pula dimenangi oleh Anya Kimberly dari Paitan, manakala Carolyn Tony dari Penampang diumumkan sebagai model Basaan Tinandai Togingo.


