spot_img
HomePolitikTiket logo GRS, roh talian BERSATU - Ronald Kiandee

Tiket logo GRS, roh talian BERSATU – Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR: Kehangatan bekas empat Ahli Parlimen GRS keluar dari Bersatu, dibahas sampai ke Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengambil masa yang lama membahas isu lompat parti dari bekas Ahli Bersatu, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Armizan Mohd Ali (Papar) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau).

Ronald yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, meminta kepada Speaker memperhalusi dan disesuaikan perlembagaan persekutuan RUU Lompat Parti.

Dalam memperjelaskan kedudukan 4 Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket GRS, tetapi sebenarnya roh talian mereka adalah Bersatu.

“Ini perkara penting yang berhormat,” katanya.

Menurut sumber Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya sedang menunggu laporan rasmi pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan Peguam Besar Sabah mengenai situasi yang berlaku.

“Saya tunggu laporan rasmi pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan AG (Peguam Besar) Sabah sebab undang-undangnya sedikit berbeza,” katanya.

“Kedua, dalam perkara 49A (Perlembagaan Persekutuan), keputusan muktamad adalah Speaker, (yang mana keputusannya) dalam masa 21 hari selepas notis diberikan kepada beliau.

“Tapi, dalam pindaan Perlembagaan itu (berkaitan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 atau Akta A1663, diletakkan beberapa syarat untuk membuat kepastian.

“Ia di luar bidang kuasa saya untuk memberikan komen,” jelasnya.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular