Kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah – PM

219

PUTRAJAYA: Berita baik untuk Kerajaan Negeri Sabah apabila, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan untuk memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tarikh perlaksanaan akan ditentukan selepas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Keputusan serupa sudah dilaksanakan di Sarawak sebelum ini. Hari ini untuk gas kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas dulu di peringkat Petronas di Persekutuan, dipindah kepada Kerajaan Sabah,” jelasnya.

Tambah Anwar, ini sudah berlaku di Sarawak dan sekarang dipindah kepada kerajaan Sabah. Tarikh perlaksanaan menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Proses itu saja tetapi kelulusan Jemaah Menteri telah diperakui,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini. – Berita Harian