Demi Kalabakan saya akan tunaikan, tanggungjawab sebaiknya – Andi Suryady

166

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Mohamad Suryady Bandy selesai mengangkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan rakyat, pagi Isnin.

Majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen dimulakan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Andi yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, berjaya merampas kembali Parlimen Kalabakan daripada Warisan, Ma’mun Sulaiman dan empat calon lain dengan majoriti 9,100 undi.

“InshaAllah, tanggungjawab ini akan saya laksanakan sebaik-baiknya demi Kalabakan yang lebih baik,” katanya.

Semoga Kalabakan lebih maju dibawah kepimpinan Andi Suryady, membawa banyak kemajuan ekonomi untuk rakyat P191 Kalabakan.

Sudah pasti Kalabakan akan menjadi bandar termaju di Sabah nanti, seiring dengan pembangunan Ibu Kota terbaru Indonesia di Kalimantan.

Projek pembangunan bernilai 489 trilion rupiah (RM192.16 bilion) akan membangunkan ibu kota baharu Indonesia ganti Jakarta, bermula pada suku pertama 2024.

Ibu kota Indonesia akan dipindah ke dua kabupaten di Kalimantan Timur, Kabupaten Kutai Kartanegara dan Kabupaten Penajam Paser Utara.