spot_img
HomePolitikTidak kerjasama dengan GRS, peluang UMNO/BN Sabah tanding banyak kerusi -...

Tidak kerjasama dengan GRS, peluang UMNO/BN Sabah tanding banyak kerusi – Bonepes

TULID: Keputusan Presiden UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan memuktamad BN/UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah adalah tepat, kata Bonepes Been, Ketua Penaja UMNO Dun N44 Tulid.

Tambah Bonepes, ini memberi peluang kepada UMNO/BN Sabah bertanding banyak kerusi pada PRN Sabah ke-17 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

“Hanya ditawarkan 8 kerusi, bagi saya itu satu penghinaan bagi BN/UMNO Sabah”

“BN mempunyai 14 kerusi ‘incumbency’ hasil kemenangan PRN lepas, pembahagian kerusi yang tidak adil punca kerjasama dengan GRS ditamatkan,” katanya.

Tambah beliau, keputusan ini juga memberi ruang dan peluang kepada muka baharu pimpinan UMNO/BN Sabah untuk menjadi calon.

“Sudah tentu ia mengembirakan pimpinan akar umbi, bukan sahaja dapat bertanding banyak kerusi tetapi memberi peluang kepada calon-calon baru yang selama ini berkhidmat turun padang bantu rakyat kawasan, diangkat menjadi calon,” jelasnya.

“Pimpinan UMNO/BN Sabah di 25 bahagian mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber berpotensi untuk diketengahkan menjadk calon”

“BN/UMNO Sabah sentiasa melahirkan pemimpin yang berkarisma, berkebolehan dengan pelbagai latar belakang pendidikan. Apa paling penting sentiasa membantu rakyat apa jua keadaan,” tambahnya.

Bonepes juga mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN memutuskan hanya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya berkenaan adalah tepat.

“BN/UMNO dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutuan bersama. Sudah semesti kerjasama ini diteruskan di PRN Sabah ke-17,” katanya. – DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular