spot_img
HomePolitikTiada lagi katak dan penghianat mandat rakyat - Fadilah Sarbi

Tiada lagi katak dan penghianat mandat rakyat – Fadilah Sarbi

KOTA KINABALU: Datuk Fadilah Sarbi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah menyambut baik dengan keputusan Dewan Rakyat semalam,  meluluskan RUU larangan wakil rakyat lompat parti dan perlu mengosongkan kerusi jika berbuat demikian.

Fadilah berkata, perkara ini melibatkan mandat atau suara rakyat. Selepas ini, undian rakyat terbela setelah ada undang-undang lompat parti ini.

“Siapa pun wakil rakyat yang terpilih tidak lagi boleh memperkotak-katikkan mandat rakyat,” katanya.

Jelas beliau, rakyat memilih melalui proses pilihan raya dengan pelbagai pertimbangan.

Apa juga justifikasi rakyat pada ketika memangkah dan itulah keputusannya. Secara logiknya mandat ini perlu dibawa sehingga akhir satu-satu tempoh parlimen.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar itu, mengucapkan tahniah kepada 209 Ahli Dewan Rakyat yang berani dan mengubah undang-undang ke arah satu matlamat iaitu, menjaga mandat rakyat.

“Selepas ini rakyat adalah pemutus segalanya, tiada lagi ‘tangan-tangan ajaib’ tiada lg istilah ‘pengkhianatan’ tiada lagi ungkapan sinonim iaitu ‘katak’,” tambahnya.

Beliau turut berpesan, bekerjalah untuk rakyat setelah mandat diberikan dengan ikhlas dan bertanggungjawab dalam tempoh menjadi Yang Berhormat.

Datuk Fadilah Sarbi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah & Sepanggar.

Fadilah berharap, bahawa rang undang-undang ini dapat diusulkan, dibahaskan dan diundi di setiap Dewan Undangan Negeri termasuk di negeri Sabah, atas tujuan menjaga demokrasi yang dilaungkan selama ini.

“Saya juga optimis bahawa kestabilan politik akan dapat dipelihara dan rakyat mendapat limpahan kemakmuran bersama,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular