spot_img
HomeSemasaTebing runtuh, Jalan Ranau-Kiulu ditutup

Tebing runtuh, Jalan Ranau-Kiulu ditutup

Tuaran: Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak menutup Jalan Pukak-Pahu-Nulu Kiulu di Kilometer 19.2, Jalan Pukak Pahu Nulu selepas laluan jalan terbabit runtuh.

Pengarahnya, Datuk Inseyur Ali Ahmad Hamid berkata penutupan laluan dilakukan sejak kelmarin selepas kejadian tanah runtuh yang menyebabkan sebahagian laluan jalan pertengahan kawasan bukit di Kampung Lokos dan Kampung Pahu runtuh.

Katanya kejadian adalah tanah runtuh jenis kegagalan cerun di laluan ini yang berstatus Jalan Negeri dan ianya dikategorikan kejadian merbahaya ini berlaku sekitar jam 3 petang kelmarin yang berpunca daripada hujan berterusan.

“Syarikat penyenggaraan jalan yang bertanggungjawab sudah diarahkan untuk ke lokasi pada malam kelmarin bagi menjalankan pemantauan serta memasang papan tanda amaran”

“Laluan juga sudah ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan runtuhan tanah masih berlaku dan dikhuatiri jalan tersebut akan terputus pada bila-bila masa sahaja disebabkan cuaca hujan yang masih berterusan,” katanya.

Susulan itu, pengguna jalan raya khususnya dikawasan ini disarankan untuk menggunakan jalan alternatif lain iaitu laluan Jalan Tomis Tiong Lokub bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar pengguna jalan juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dalam pemanduan dan peka dengan keadaan sekeliling jalan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular