spot_img
HomeSemasaTawau: Lelaki maut dihempap kayu balak

Tawau: Lelaki maut dihempap kayu balak

TAWAU: Seorang lelaki maut akibat dihempap kayu balak semasa melakukan kerja pembersihan di Bukit Gemok, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.02 petang.

Mangsa, Arpah 30, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Julius berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.14 petang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular