spot_img
HomeSemasaBot karam, 9 mangsa terselamat

Bot karam, 9 mangsa terselamat

TAWAU : Seramai sembilan orang mangsa dikhuatiri lemas berjaya diselamatkan.

Mereka diselamatkan oleh anak-anak kapal yang berlabuh berhampiran perairan Bukit Tinagat, pagi tadi.

Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan selepas menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa setelah bot yang dinaiki mula dimasuki air.

Mangsa gagal dihubungi semula ketika ingin mendapatkan lokasi terkini sehingga mangsa memaklumkan berada di kapal yang berlabuh berhampiran lokasi kejadian beberapa jam selepas itu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular