spot_img
HomeSemasaTahlil, doa khusus Zara Qairina seluruh Sabah

Tahlil, doa khusus Zara Qairina seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Bacaan Tahlil dan Doa untuk kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir diadakan serentak di seluruh masjid dan surau di Sabah malam ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri yang juga Exco Pendidikan dan Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, untuk peringkat negeri akan berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat Maghrib.

Katanya, bacaan itu akan dipimpin Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan turut diadakan secara serentak di semua masjid dan surau di negeri ini.

“Sebelum ini, pada 8 Ogos lalu saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras penganjuran Majlis Tahlil dan Doa di seluruh Sabah bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina,” katanya semalam.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Sabah untuk bersama-sama mendoakan semoga Allahyarhamah dikurniakan maghfirah dan rahmat dari Allah SWT. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular