spot_img
HomeSemasa2 cedera lori 6 tan terbalik

2 cedera lori 6 tan terbalik

KIMANIS: Dua lelaki cedera selepas lori enam tan yang dinaiki terbabas sendiri di bahu Jalan Kimanis – Keningau awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.10 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis bersama jentera FRT dan kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 25 kilometer.

Komander Operasi, PBK I Nazir Che Lah berkata, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 30 dan 26 tahun telah dikeluarkan orang awam sebelum dibawa ke hospital menggunakan kenderaan awam untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat dan kawasan kemalangan selamat untuk dilalui pengguna jalan raya.

“Tiada agensi lain terlibat dalam operasi ini,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 4.08 pagi selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular