spot_img
HomeJenayahSuspek pecah rumah di Weston, berjaya dicekup

Suspek pecah rumah di Weston, berjaya dicekup

Beaufort: Suspek buruan yang dipercayai terbabit dengan kes pecah rumah di Weston Wildlife Tours, Jalan Lubok Weston Oktober lalu, berjaya dicekup pihak polis.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort, Inspektor Nadzmi berkata, suspek berjaya ditahan oleh pasukan IPD Lawas, Sarawak setelah hebahan dijalankan berkenaan jenayah berkait sebelum suspek berjaya dikesan.

“Kejadian jenayah pecah rumah tersebut dikatakan mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.00”

Nadzmi berkata, hasil pemeriksaan lanjutan mendapati suspek sebelum ini mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes harta benda dan satu berkait kes dadah.

“Suspek akan dipohon reman dan siasatan lanjut bakal dijalankan bagi mengesan lagi barang kes yang telah dijual oleh suspek” tambahnya lag

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular