spot_img
HomeDuniaShanghai rancang kembali hidup normal secara berperingkat mulai 1 Jun

Shanghai rancang kembali hidup normal secara berperingkat mulai 1 Jun

SHANGHAI: Kerajaan Shanghai hari ini mengumumkan berkenaan perancangan untuk kembali kepada kehidupan normal semula mulai 1 Jun depan, selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung yang ketat.

Timbalan Datuk Bandar Shanghai, Zong Ming, berkata perancangan terbabit bakal dilaksanakan secara berperingkat, dengan sebahagian besar langkah kawalan pergerakan akan diteruskan hingga 21 Mei ini untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak semula, sebelum ianya mula dilonggarkan secara beransur-ansur.

“Mulai 1 Jun hingga pertengahan dan akhir bulan depan, selagi risiko jangkitan dalam keadaan terkawal, kita akan melaksanakan sepenuhnya langkah pencegahan dan kawalan epidemik, menormalkan pengurusan, serta mengembalikan sepenuhnya pengeluaran dan kehidupan normal di bandar ini,” katanya.

Pelaksanaan perintah berkurung sepenuhnya di Shanghai serta sekatan yang dikuatkuasakan terhadap ratusan juta penduduk sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa sektor seperti sekatan yang dikenakan membuatkan para pekerja terhalang untuk menggiatkan sektor ekonomi mereka membuatkan banyak perniagaan terjejas.

Sekatan ketat itu juga memberi kesan terhadap rangkaian bekalan global dan perdagangan antarabangsa yang sedikit sebanyak mengganggu sektor ekonomi negara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular