spot_img
HomePolitikSaya anak jati Labuan, tidak bersetuju Labuan dikembalikan dengan Sabah - Saifful...

Saya anak jati Labuan, tidak bersetuju Labuan dikembalikan dengan Sabah – Saifful Pungot

LABUAN: Isu Labuan dikembalikan kepada Sabah merupakan isu politik sengaja dimainkan oleh sesetengah pemimpin politik di Sabah berikutan Pilihan Raya Negeri itu sudah hampir tiba, jelas Ketua Pemuda UMNO Labuan, Saifful Pungot.

Tambah Saifful, memang Labuan asal usulnya daripada Sabah sebahagian daripada Borneo.

“Tetapi mereka perlu sedar bahawa ada perjanjian yang telah dibuat dan Labuan telah menjadi sebahagian Wilayah Persekutuan. Biarpun ia jauh merentasi laut China Selatan,” katanya.

Jelasnya lagi, jika benar mereka bersetuju yang Labuan asal usul dari Sabah, sudah semestinya mereka juga setuju asal usul Sabah dari Kesultanan Sulu, seperti yang pernah dituntut oleh Sulu.

“Mereka ini perlu lihat fakta yang mana ada perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, kenapa Labuan dijadikan wilayah Persekutuan Labuan”

“Saya sebagai anak jadi Labuan tidak bersetuju Labuan ini dikembalikan semula dengan Sabah, secara pentadbirannya Labuan lebih baik di bawah Wilayah Persekutuan,” katanya.

Ditanya berkenaan adakah kebanyakan rakyat Labuan tidak bersetuju dengan perkara ini. Ketua Pemuda UMNO Labuan ini berkata, rakyat Labuan secara umumnya merasakan kebaikan sebelum menjadi wilayah dan selepas Labuan menjadi wilayah.

“Banyak kemudahan yang ditambah baik dan persekitaran Labuan yang sentiasa dijaga serta infrastruktur yang sentiasa bertambah”

“Rakyat Labuan juga menikmati pelbagai bantuan apabila dalam Wilayah Persekutuan seperti bantuan daripada Majlis Agama Islam (MAIWP), kebajikan PPZ dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya ada yang datang dari Sabah tinggal di Labuan juga mendapat kelebihan ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular