spot_img
HomePolitik"Jangan cari publisiti, isu Dr Akmal" - Anil Sandhu

“Jangan cari publisiti, isu Dr Akmal” – Anil Sandhu

KUNAK: Isu penahanan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Khamis di Sabah, kini hangat diperisukan oleh semua pihak, termasuk pemimpin politik negeri Sabah.

Ketua Pemuda Lahad Datu, Dato Sri Dr Anil Sandhu berkata, pelbagai pihak mengambil kesempatan, free publicity berkenaan isu Dr Akmal yang ditahan di Sabah.

“Perkara ini tidak perlulah dipolitikkan sehingga menyekat individu ke mana-mana pun,” katanya,

Beliau faham, ada yang terasa berkenaan isu pemboikoitan rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang terpalit kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah.

“Tetapi janganlah berlebih-lebihan menghangatkan isu ini sehingga mencari publisiti untuk diri sendiri,” katanya kepada demisabah.

Anil yang juga Bendahari Pemuda UMNO Sabah berkata, Dr Akmal menyatakan benda yang tidak salah dan beliau tidak membawa pun isu sensiviti perkauman dan isu agama dalam negara.

“Dr Akmal hanya mempertahankan perkara yang betul, menidakkan perkara yang salah”

“Lagi satu, KK Mart tiada di Sabah, perkara ini berlaku di semenanjung, jadi janganlah cari publisiti murahan untuk memperbesarkan isu ini lagi,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular