spot_img
HomeEkonomiRM4.596 bilion peruntukan Belanjawan Sabah 2022

RM4.596 bilion peruntukan Belanjawan Sabah 2022

KOTA KINABALU: Semalam telah dibentangkan belanjawan kedua kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyaksikan peruntukan sebanyak RM4.596 bilion.

Ini merupakan bajet tahunan kedua di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berpaksikan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah dimurnikan melalui rangkuman aspirasi rakyat.

Peruntukan tersebut disediakan bagi menampung perbelanjaan,perbekalan dan pembangunan di negeri Sabah pada tahun hadapan.

‘Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera’ yang menjadi tema bagi belanjawan kali ini mencatatkan lebihan bernilai RM110.68 juta berdasarkan unjuran hasil RM4.707 bilion yang disasar diperoleh Sabah pada 2022.

Dalam pembentangan semalam, Datuk Hajiji Noor menyatakan harga purata minyak sawit mentah dan minyak mentah petroleum adalah lebih tinggi berbanding kadar harga yang diramalkan semasa penyediaan Anggaran Hasil 2021.

“Ekoran itu, sasaran kutipan hasil tahun ini dijangka bertambah sebanyak 9.6 peratus atau RM430.67 juta menjadikan Anggaran Hasil Disemak Tahun 2021 meningkat berbanding anggaran asal hasil tahun 2021,”tambahnya.

Sementara anggaran hasil bagi tahun hadapan pula dijangka meningkat 7 peratus kepada RM4.707 bilion.

“Ini bermakna, dengan rekod anggaran hasil negeri tertinggi sejak merdeka dengan jumlah RM4.912 bilion di tahun 2021 ini, Sabah bakal melakar sejarah baharu,”tambahnya lagi.

Menurut Hajiji, pembayaran Cukai Jualan Negeri (CJN) bagi produk minyak dan gas adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan hasil tahun 2021 ini.

“Diharapkan belanjawan ini bakal memenuhi keperluan serta memberi manfaat kepada semua rakyat Sabah sekali gus akan merancakkan semula ekonomi negeri pasca COVID-19,”tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular