spot_img
HomeJenayahRemaja ditahan miliki motosikal curi | Demi Sabah

Remaja ditahan miliki motosikal curi | Demi Sabah

TAWAU: Seorang lelaki warga asing telah ditahan oleh pasukan Balai Polis Bombalai, setelah disyaki terlibat dengan kes curi motosikal.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Jasmin Hussin berkata, suspek, 14, terlihat berlegar-legar menunggang sebuah motosikal di hadapan sebuah pasaraya dalam keadaan yang mencurigakan.

“Polis kemudiannya bertindak menahan dan menjalankan pemeriksaan dokumentasi terhadap suspek terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki sepanjang dokumen pengenalan diri yang sah, manakala pihak polis mendapati motosikal tersebut telah dilaporkan hilang disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek dan motosikal berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut, manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular