TAWAU: Pasukan polis dari Balai Polis Bombalai telah menahan dua orang lelaki yang disyaki suspek kes pecah rumah di Kampung Jagung Merotai Besar dan kawasan Kampung Kuala Merotai, Tawau, hari ini.
Menurut laporan, kedua suspek berkenaan telah ditahan dalam dua serbuan berlainan yang dilakukan di kawasan Kampung Jagung Merotai dan kawasan Kampung Kuala Merotai hari ini.
Kedua-dua suspek merupakan lelaki yang berumur 30-an, disyaki terlibat dalam kes pecah rumah kebun yang berlaku di kawasan Kampung Kuala Merotai.
Hasil siasatan pihak polis juga berjaya merampas sebuah unit solar, unit bateri dan beberapa barang yang lain lagi.
Kedua-dua suspek berserta barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.