spot_img
HomeJenayahPolis Marin Labuan gagalkan cubaan seludup minuman keras

Polis Marin Labuan gagalkan cubaan seludup minuman keras

Beaufort: Pasukan Polis Marin Labuan berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai dari Labuan ke tanah besar Sabah, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata pasukannya berjaya menahan dua buah kenderaan mencurigakan, melibatkan seorang lelaki dipercayai berusia 40 tahun dan seorang lagi wanita berusia 37 tahun berhampiran kawasan Pekan Menumbok sekitar 12 tengah hari semalam.

“Pemeriksaan ke atas dua buah kenderaan tersebut mendapati sejumlah minuman keras yang tidak bercukai disyaki cuba di seludup ke tanah besar Sabah. Nilai rampasan minuman keras kedua kenderaan tersebut dianggarkan mencecah sehingga RM 210,594.00,” katanya.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan kesemua tangkapan dan barang rampasan bakal diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk siasatan lanjut”

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat maritim dan persisir pantai untuk memberikan sebarang maklumat dan laporan kepada Pasukan Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan balai yang berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular