spot_img
HomePolitikPertembungan dua perhimpunan di PPNS merisaukan - Bung Moktar

Pertembungan dua perhimpunan di PPNS merisaukan – Bung Moktar

KINABATANGAN: Dua perhimpunan yang akan berlangsung pada 31 Disember 2024 di hadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) merisaukan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian serius walaupun ia dirancang sebagai perhimpunan aman.

“Situasi seperti ini berpotensi mencetuskan ketegangan di antara dua kumpulan yang berhimpun, sekaligus membuka ruang kepada provokasi melampau yang berkemungkinan boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Beliau memahami bahawa kedua-dua perhimpunan tersebut mempunyai matlamat masing-masing dan membawa mesej penting untuk rakyat.

Namun, semua pihak harus menilai dari setiap aspek, termasuk implikasi terhadap keselamatan dan kestabilan negeri Sabah.

Bung menggesa pihak polis untuk meneliti perkara ini secara mendalam dan mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

“Pemisahan lokasi perhimpunan: Membenarkan salah satu pihak memindahkan lokasi perhimpunan ke kawasan yang berbeza demi mengelakkan pertembungan fizikal antara dua kumpulan”

“Komunikasi dengan penganjur: Pihak polis perlu mengadakan dialog dengan kedua-dua penganjur bagi memastikan semua pihak mematuhi garis panduan undang-undang berkaitan perhimpunan aman, seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012”

“Meningkatkan langkah keselamatan: Menempatkan lebih ramai anggota keselamatan di kawasan perhimpunan untuk mengawal situasi dan memastikan kelancaran kedua-dua acara,” jelas Bung.

Tambah Ahli Parlimen Kinabatangan itu, keselamatan rakyat Sabah adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

“Saya menyeru semua pihak yang terlibat agar sentiasa menjaga keharmonian dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negeri”

“UMNO Sabah berdiri teguh dalam menyokong sebarang usaha yang bertujuan untuk membawa kebaikan kepada negeri ini, namun ia mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, selaras dengan undang-undang dan kepentingan awam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular