spot_img
HomeEkonomiPerniagaan secara dalam talian mudah, tetapi ada risikonya

Perniagaan secara dalam talian mudah, tetapi ada risikonya

Kota Kinabalu: Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang sangat besar kepada setiap individu dengan hilangnya punca pendapatan. Jika sudah berkeluarga bermacam cara suami dan isteri mencari rezeki. Era pandemik ini kebanyakannya suri rumah terutamanya lebih suka berniaga secara dalam talian untuk menjana pendapatan.

Berniaga secara online jelas lebih mudah kerana menggunakan sosial media sebagai platform utama dalam berniaga. Sejak pandemik covid-19 berleluasa di negara kita, masyarakat mula tidak keluar rumah kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), hanya waktu penting sahaja boleh keluar.

Oleh kerana ramai rakyat kehilangan pendapatan, salah satu inisiatif yang boleh digunakkan adalah berniaga secara online. Salah satu kelebihan berniaga dalam talian, hanya memuat naik gambar-gambar di media sosial dan pelanggan terus boleh memesan dengan lebih mudah.

Walaubagaimanapun, sekarang peniaga online lebih mudah melakukan penghantaran, melalui pos ataupun cash on delivery (COD) kerana Sabah telah masuk ke fasa 4 pemulihan.

Cairel Izzaty Ibnil 21 tahun, seorang peniaga atas talian berkata, memulakan perniagaan semasa pandemik atas sebab ingin menceburi bidang gubahan bunga. Tambahan pula beliau memang minat dalam gubahan bunga.

“Berniaga secara online lebih mudah, senang mendapat pelanggan kerana beliau membuat dua perniagaan Precious Surprise untuk kejutan ulang tahun, hari kekasih dan sebagainya,” katanya.

Cairel Izzaty juga menjalankan perniagaan Mamie Homemade XD, menjual seperti kuih muih, kek dan nasi campur serta makanan western.

Cairel juga berkata, konsisten dalam marketing secara online, sentiasa update menu terbaharu atau rekabentuk yang menarik dan sentiasa up to date tentang perniagaan yang ditawarkan kepada pelanggan. Perniagaan perlu berdaya saing, jadi perlu pemasaran yang konsisten.

“Kelebihan yang dapat diambil dalam berniaga secara dalam talian iaitu dapat meningkatkan soft skills dalam berkomunikasi dengan pelanggan, belajar menguruskan  duit dengan teratur,” katanya.

Tambah beliau, pembahagian masa sangat penting kerana Cairel merupakan seorang pelajar, beliau akan memastikan masa dapat terbahagi untuk belajar dan berniaga.

“Perniagaan secara online banyak kelebihan dan manfaat selain membantu mendapat pendapatan sendiri. Namun terdapat juga kelemahan semasa berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada naik turun”

“Kelemahan berniaga secara online adalah pelanggan membatalkan pesanan secara mendadak, tanpa sebarang deposit menyebabkan banyak kerugian yang dialami oleh setiap peniaga,”tambahnya.

Semoga peniaga-peniaga kecil secara dalam talian yang berjuang dalam menjana pendapatan sendiri, tetap semangat menjalankan perniagaan dalam era pandemik ini. Setiap usaha yang murni pasti mendapat hasil yang baik.

Penulis: Samantha Aisha Schwartz

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular