spot_img
HomeSemasaPemenang pingat Sukan SEA Sabah terima insentif

Pemenang pingat Sukan SEA Sabah terima insentif

TAWAU: Kerajaan negeri akan memberi insentif kepada 37 atlet Sabah yang memenangi pingat Sukan SEA di Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ia sebagai penghargaan kepada atlet negeri yang mengharumkan nama negara dalam temasya sukan berprestij itu.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengucapkan tahniah kepada semua atlet Sabah yang terpilih mewakili negara di Hanoi,” katanya.

Andi Suryady yang juga ADUN Tanjung Batu, berkata kementerian mengharapkan semua atlet Sabah menunjukkan prestasi baik dan membawa pulang pingat.

“Kementerian juga menjalankan pelbagai program melibatkan belia di negeri ini, selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, kelmarin.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Andi Suryady – Foto Utusan Borneo

Sementara itu, Program Felo SMJ akan diadakan, iaitu memilih belia dan menempatkannya di setiap kementerian untuk belajar mentadbir kerajaan negeri.

“KBSS akan memilih seramai 73 orang belia dari setiap DUN di negeri ini untuk menjayakan program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, semua belia di negeri ini digalakkan mendaftar Program Sistem Pengurusan Belia bagi mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kementerian.

“Semua aktiviti dan jenis bantuan yang disediakan KBSS akan dikongsi melalui sistem ini dan golongan belia akan mendapat maklumat dengan lebih cepat,” ujarnya.

Platform ini amat bersesuaian dengan keadaan sekarang dan pendaftaran setiap program KBSS dibuat secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular