spot_img
HomeSemasaPelakon tampan Indonesia Aditya Zoni, melamar gadis Sabah Yasmine Ow

Pelakon tampan Indonesia Aditya Zoni, melamar gadis Sabah Yasmine Ow

Gadis cantik bernama Yasmine Ow mengejutkan warga Malaysia dan Indonesia setelah dilamar oleh pelakon tampan Aditya Zoni pada 15 December lalu. Yasmin Omar Wolfgang atau lebih dikenal sebagai Yasmine Ow berumur 21 tahun, seorang model dan instafamous berasal dari Sabah.

Yasmine gadis cantik berketurunan Jerman dan Kadazan, tidak hairanlah beliau mempunyai paras rupa yang sangat menawan.

Aditya Zoni merupakan adik kepada pelakon terkenal Ammar Zoni dan ipar kepada Irish Bella ini telah melamar sang kekasih LDRnya Long Distance Relationship iaitu Yasmine Ow dengan mewahnya, pada penghujung tahun 2021.

Kedua-duanya mengaku telah menjalinkan hubungan jarak jauh sejak pertengahan tahun lalu dan melangsungkan lamaran meskipun baru bertemu selama tiga hari.

“Perasaan waktu dilamar sangatlah membuatkan saya rasa gembira dan teruja dalam waktu sama, tidak sangka akan dapat kejutan semewah dan seindah itu dedepan keluarga saya dan keluarga tunang,” kata Yasmine Ow ketika ditemu bual secara online melalui akaun instagramnya.

Yasmine Ow di Kundasang Sabah.

“Menjadi isteri dalam usia muda, tiada masalah. Paling penting adalah mentaliti saya harus siap sedia untuk berumah tangga dan menjadi isteri yang bagus buat suami saya”, tambahnya lagi.

“Ketika saya meminta restu dari kedua belah pihak keluarga, alhamdulillah dipermudahkan dan tiada sebarang masalah. Keluarga saya dan keluarga suami merestui hubungan kami berdua,” tambah Yasmin.

“Resepsi saya bakal dibuat dikedua negara iaitu di Indonesia buat keluarga bakal suami dan di Malaysia buat keluarga saya” katanya.

Penulis: Cynthia Dayang John

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular