spot_img
HomeSemasaPBS mahu selesaikan masalah PATI di Sabah

PBS mahu selesaikan masalah PATI di Sabah

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak pernah berhenti berusaha untuk menyelesaikan masalah isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Presiden PBS, Maximus Ongkili, mencadangkan agar isu tersebut dapat dibincangkan oleh ahli parlimen Sabah melalui jawatankuasa khas antara parti sekali gus mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Beliau turut menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon pelaksanaan “Undi 18” di Sabah selepas Daftar Pemilih Negeri dibersihkan daripada pengundi yang meragukan, memandangkan jumlah PATI yang ramai di negeri ini.

Menurut Setiausaha Agung PBS, Joniston Bangkuai, pihaknya ingin mengadakan satu perjumpaan khas dengan pengerusi SPR bagi membincangkan kebimbangan mereka mengenai isu berkenaan.

“Walaupun terdapat banyak tindakan susulan, kami akan tetap menunggu sehingga isu itu menjadi kenyataan,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, bekas Senator PBS, Chong Eng Leong turut menyuarakan kebimbangannya mengenai penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun yang mungkin terdiri daripada PATI yang mendapat kerakyatan secara haram di bawah Projek IC.

Tegas beliau, Projek IC merupakan satu projek rahsia yang didakwa dijalankan untuk memberikan kewarganegaraan kepada penduduk migran di Sabah pada awal 1990-an untuk meraih undi bagi pertukaran kerajaan.

Oleh itu, Chong berharap Maximus sebagai Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan menangani perkara ini dengan pihak berkepentingan dan merangka pelan induk untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan PATI di Sabah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular