spot_img
HomePolitikParti Gagasan Rakyat Sabah, 100 peratus tempatan | Demi Sabah

Parti Gagasan Rakyat Sabah, 100 peratus tempatan | Demi Sabah

KOTA KINABALU: Hari ini dalam sejarah, apabila tertubuhnya parti baharu tempatan Sabah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Mesyuarat Agung Khas yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) melantik bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Presiden Gagasan Rakyat.

Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Timbalan Presiden, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Naib Presiden I), Datuk Rubin Balang (Naib Presiden II) dan Datuk Masiung Banah (Naib Presiden III).

Petikan Sinar Harian, Hajiji berkata, menerusi langkah itu semua ahli kini mempunyai wadah politik yang 100 peratus tempatan untuk meneruskan perjuangan mereka kepada rakyat dan negeri Sabah.

“Dua ciri utama Gagasan Rakyat yang menjadi faktor penarik saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama dalam parti ini ialah parti berbilang kaum yang membawa citra inklusif dan parti suara anak Sabah yang mengangkat citra perjuangan tempatan,” katanya.

Ketua Menteri Sabah itu turut yakin dengan rakan-rakan dalam GRS untuk menerima segera Gagasan Rakyat sebagai rakan komponen terbaharu mereka,” katanya pada mesyuarat itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hasrat menjadikan GRS sebagai platform tempatan dengan disertai parti tempatan sudah lama dinyatakan sebelum ini.

“Komponen GRS sudah lama menyatakan hasrat agar GRS menjadi platform tempatan dalam erti kata sebenar, iaitu semua rakan kongsi menjadi parti tempatan.

Ketua Pergerakan Wanita ialah Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pergerakan Pemuda ialah Datuk Fairuz Renndan dan Ketua Pergerakan Beliawanis, Emmie M Idang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular