spot_img
HomePolitikBung Moktar dijangka menang tanpa bertanding, pemilihan bahagian | Demi Sabah

Bung Moktar dijangka menang tanpa bertanding, pemilihan bahagian | Demi Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Bung Moktar Radin dijangka akan menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO bahagian  pada kali ini.

Bung yang turut menang bertanding pada pemilihan 2018 dilihat akan meneruskan legasi beliau untuk memimpin UMNO Bahagian Kinabatangan.

Reputasi dan prestasi Bung Moktar sebagai Pengerusi UMNO Sabah dan Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia menjadikan beliau, pilihan popular bagi ahli cawangan dan peringat bahagian UMNO Kinabatangan.

Pemilihan pada peringkat cawangan yang bermula semalam, akan berlangsung sehingga 26 Februari sebelum diteruskan untuk peringkat bahagian sehingga 18 Mac.

Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan peringkat bahagian dan pusat adalah bermula pada 13 Februari dan ditutup pada jam 5 petang 26 Februari 2023.

Turut dijangkakan perebutan jawatan 25 Bahagian UMNO Sabah dijangka sengit pada pemilihan kali ini.

Ramai muka baharu akan menampilkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian.

Sementara itu, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) mengingatkan calon-calon yang bakal bertanding pada Pemilihan UMNO untuk mengamalkan corak kempen yang sihat sebagai menjaga keharmonian keluarga UMNO.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata calon-calon juga dinasihatkan untuk meneliti peraturan Pemilihan UMNO seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.

Petikan UMNO Online, Shahrir berkata, Majlis Kerja Tertinggi memutuskan bahawa tempoh berkempen ialah pada 1 Februari 2023 sehingga 19 Mac 2023.

“Saya harap semua calon di pelbagai peringkat meneliti segala peraturan dan perkara dalam tata etika ahli UMNO dan patuh kepada perkara tersebut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular