TENOM: Bekas Naib Presiden Parti warisan, Datuk Peter Anthony berkata, pengumuman rasmi parti baharu akan diumumkan dalam masa terdekat kerana pendaftaran sudah diluluskan. Namun ia memerlukan sedikit pindaan di peringkat Pendaftar Pertubuhan (RoS)
“Dalam masa terdekat, kita akan penuhi keseluruhan jawatankuasa sama ada di peringkat majlis tertinggi mahupun di peringkat bahagian bagi mendapat kelulusan daripada RoS, katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut beliau, setelah menerima jawapan daripada RoS, beliau akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) terlebih dahulu kemudian disusuli dengan jelajah ke seluruh Sabah.
Meskipun beliau belum memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tentang hasrat membawa partinya menjadi sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi ia akan memenuhinya.
“Parti berbilang kaum yang saya pimpin pasti akan mesra kepada kerajaan GRS, iaitu kerajaan gabungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor,”katanya.