spot_img
HomeDuniaNusantara ibu negara Indonesia baharu

Nusantara ibu negara Indonesia baharu

Jakarta: Semalam di Parlimen, semasa mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu negara baharu, Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa berkata ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur diberi nama Nusantara.

Presiden Joko Widodo, atau lebih dikenali Jokowi, mengutamakan ibu negara Indonesia sebagai projek pembangunan infrastruktur. Tujuannya untuk membuka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

Menteri itu berkata Nusantara adalah istilah lama Jawa, yang bermaksud “pulau luar”, ia ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global sebagai Republik Indonesia.

Pada jumaat, 14 Januari, Jokowi telah mengesahkannya.

“Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara. – Suharso

Sebanyak AS$35.8 juta (AS$1=RM4.18) dalam bajet negeri 2022 diperuntukkan untuk pembinaan ibu negara baharu oleh Indonesia.

AS$35 bilion adalah Kos keseluruhan yang ditelan dalam projek Itu.

Setelah rang undang-undang ibu negara itu diluluskan oleh Parlimen, pembinaan fizikal sebenar akan dimulakan tahun ini.

Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No. 85 Tahun 2021 mengenai Rancangan Kerja Kerajaan bagi Tahun 2022, pada 9 september tahun lalu, merangkumi lapan langkah strategik untuk mempercepatkan transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara baharu yang lengkap dengan infrastruktur sokongan

Ia termasuk mempercepat realisasi pelaburan, mengoptimum pembangunan komoditi dan meningkatkan jaminan undang-undang mengenai pemilikan tanah dengan mengeluarkan sijil pemilikan tanah. – Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular