spot_img
HomeSemasaMusnah terbakar, 900 hilang tempat tinggal di Semporna

Musnah terbakar, 900 hilang tempat tinggal di Semporna

Semporna: Dianggarkan kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan kira-kira 100 pintu rumah kongsi di Penempatan Sementara Kampung Bangau-Bangau dalam kejadian bermula jam 11.35 malam tadi.|

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 dan menggerakkan 12 anggota bersama pegawai dengan dua jentera termasuk EMRS ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati 10 blok rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk telah musnah terbakar,”

Sejurus itu, pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke kawasan penempatan lain sebelum berjaya dikawal pada 12.46 tengah malam.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan jam 3.05 pagi tadi.”

Difahamkan setakat ini tiada berlaku kecederaan atau kemalangan jiwa dalam insiden kebakaran tersebut.

Operasi turut dibantu sepasukan lima anggota dari BBP Air Semporna, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular