spot_img
HomeDuniaMaut terperangkap dalam kereta ketika salji lebat

Maut terperangkap dalam kereta ketika salji lebat

ISLAMABAD: Seramai 21 orang mangsa maut selepas terperangkap dalam kenderaan akibat salji tebal ketika puluhan ribu pelawat berkumpul di bandar Murree, Pakistan.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid memberi kenyataan bahawa tentera telah digerakkan untuk membersihkan kawasan jalan dan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

“Saya difahamkan terdapat 21 orang mangsa maut di dalam kenderaan mereka yang dilaporkan setakat ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, Murree yang menjadi kawasan popular untuk lawatan sehari kerana jaraknya agak dekat dengan ibu negara membuatkan lebih 100,000 kenderaan memasuki bandar itu sejak beberapa hari lalu untuk melihat salji lebat luar biasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan keluar masuk.

Akibat salji yang turun terlalu lebat dan laluan yang sesak, banyak kenderaan yang terperangkap dalam salji tebal dan keadaan ini sangat sukar untuk diatasi dalam satu masa.

Dengan itu, Pejabat Ketua Menteri Wilayah Punjab berkata, Murree telah diisytiharkan sebagai ‘kawasan bencana’ dan menggesa orang ramai untuk mengelak daripada mengunjungi kawasan itu dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular